Iran sahkan tiada rundingan dengan AS, fokus Selat Hormuz

Foto AFP

TEHRAN, 3 Ogos – Iran menegaskan tiada sebarang rundingan sedang berlangsung dengan Amerika Syarikat (AS), sebaliknya kini mengadakan perbincangan dengan Oman berhubung pengurusan laluan strategik Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran menguasai Selat Hormuz sejak konflik Asia Barat bermula 28 Februari lalu.
  • Tehran menetapkan semua kapal perlu guna laluan yang ditetapkan Iran, mohon kebenaran dan bayar fi perkhidmatan.
  • Iran mengharapkan pihak rantau dan kuasa luar menghargai langkah bertanggungjawab serta mengamalkan pendekatan konstruktif.
  • Baqaei menegaskan keadaan di Selat Hormuz tidak akan berubah selagi sekatan tentera laut AS terhadap pelabuhan Iran diteruskan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, rundingan dengan Oman bertujuan memastikan kelancaran pelayaran di Selat Hormuz.

“Kami tidak berunding dengan Amerika Syarikat. Rundingan kami ketika ini adalah dengan Oman bagi memastikan laluan di Selat Hormuz,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Iran menguasai Selat Hormuz sejak tercetusnya konflik di Asia Barat pada 28 Februari lalu.

Tehran turut menetapkan semua kapal yang melalui laluan penting perdagangan tenaga dunia itu perlu menggunakan laluan yang ditetapkan Iran, selain mendapatkan kebenaran dan membayar fi perkhidmatan.

Baqaei menyifatkan rundingan dengan Oman sebagai membina dan bertujuan mencapai persetujuan mengenai laluan baharu di selat berkenaan.

“Kami berharap semua pihak di rantau ini dan kuasa luar akan menghargai langkah bertanggungjawab yang diambil Iran serta mengamalkan pendekatan yang konstruktif,” katanya.

Beliau turut menegaskan pendirian Iran bahawa keadaan di Selat Hormuz tidak akan berubah selagi sekatan tentera laut Amerika Syarikat terhadap pelabuhan Iran masih diteruskan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.