Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 12 tengah hari

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 12 tengah hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan di Semenanjung terjejas: Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.
  • Perak terjejas termasuk Kerian, Larut Matang dan Selama serta Hulu Perak; Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Jeli.
  • Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang; Sarawak terjejas di Serian.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

Cuaca sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Perak iaitu (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak), dan di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, turut terjejas beberapa kawasan di negeri Terengganu termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang serta Serian di Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.