MAPO giat kempen kesedaran sempena Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia

Marweena Manan

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) terus mempergiat kempen kesedaran mengenai jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sindiket menyalahgunakan teknologi digital termasuk AI dan deepfake untuk menipu mangsa melalui tawaran pekerjaan palsu.
  • PBB menetapkan 30 Julai sebagai Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia untuk mengingatkan masyarakat jenayah ini masih berlaku.
  • Orang ramai digesa mengamalkan 'Peka, Waspada dan Laporkan' bagi membantu membanteras pemerdagangan orang serta penyeludupan migran.

Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional MAPO, Kementerian Dalam Negeri, Marweena Manan berkata, sindiket berkenaan menyalahgunakan manfaatkan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) dan deepfake bagi memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan palsu.

“Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 30 Julai sebagai Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia bagi mengingatkan masyarakat bahawa jenayah ini masih berlaku dan sesiapa sahaja berpotensi menjadi mangsa.

“Sehubungan itu, MAPO akan melaksanakan pelbagai kempen kesedaran, sama ada secara dalam talian mahupun menerusi program serta forum bersama masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Pada masa sama sambutan tahunan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia bertujuan mengingatkan masyarakat bahawa jenayah pemerdagangan orang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Orang ramai juga digesa mengamalkan konsep ‘Peka, Waspada dan Laporkan’ bagi membantu membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.