Hutan bukit Puncak Alam terbakar, tiada mangsa terlibat – Bomba

Foto: JBPM Selangor

SHAH ALAM, 27 Julai- Kebakaran hutan bukit seluas kira-kira dua ekar berlaku di Lorong Gugusan 7/20, Alam Bandar Puncak Alam pagi ini, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada 10.06 pagi; jentera BBP Bestari Jaya tiba di lokasi pada 10.34 pagi.
  • Anggota JBPM membuat firebreak dan melaksanakan operasi pemadaman untuk mengawal kebakaran.
  • Empat anggota dan sebuah jentera FRT digerakkan, dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarela Saujana; lokasi kira-kira 26 kilometer dari BBP Bestari Jaya.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi pada 10.34 pagi.

Menurut kenyataan JBPM Selangor, kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit dan anggota sedang menjalankan kerja membuat firebreak serta operasi pemadaman.

Seramai empat anggota bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari BBP Bestari Jaya, dengan bantuan empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Foto: JBPM Selangor

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.