
CHINA, 22 Julai – Kembar panda gergasi, Yu Ke dan Yu Ai, diraikan sempena ulang tahun kelahiran keempat di Zoo Chongqing pada Rabu (22 Julai) dengan hidangan istimewa yang disediakan oleh penjaga zoo.
RINGKASAN BERITA AI
- Kek khas dibuat daripada rebung, epal dan lobak merah.
- Bongkah ais dan snek sejuk beku disediakan untuk membantu panda menyejukkan badan.
- Yu Ke dan Yu Ai dilahirkan pada 22 Julai 2022 oleh Er Shun selepas dibawa pulang dari Kanada.
- Sambutan menarik perhatian pengunjung yang datang menyaksikan gelagat panda menikmati hidangan istimewa.
Penjaga zoo menyediakan kek khas untuk kedua-dua panda itu menggunakan rebung, epal dan lobak merah.
Mereka turut menyediakan bongkah ais serta snek sejuk beku bagi membantu panda berkenaan menyejukkan badan ketika cuaca musim panas.
Yu Ke dan Yu Ai dilahirkan pada 22 Julai 2022 oleh panda gergasi, Er Shun, selepas haiwan itu dibawa pulang ke Zoo Chongqing dari Kanada.
Sambutan ulang tahun itu turut menarik perhatian pengunjung yang hadir untuk melihat gelagat panda terbabit menikmati hidangan istimewa yang disediakan. -REUTERS