
MANILA, 22 Julai – Penyelesaian awal rundingan mengenai Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC) akan membantu mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau serta memastikan masa depan rantau itu terus berada di tangan negara-negara di rantau berkenaan, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Selasa, lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
- Langkah itu menafikan peluang pihak luar untuk campur tangan atau mencetuskan gangguan.
- Kenyataan dibuat semasa pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
- Laporan disiarkan oleh agensi berita BERNAMA dan Xinhua.
Beliau berkata langkah itu juga akan menafikan sebarang peluang kepada pihak luar untuk campur tangan atau mencetuskan gangguan.
Wang berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Manila, Filipina.- BERNAMA-XINHUA