Kerajaan Johor sokong arahan henti operasi Network School, gesa siasatan diteruskan – MB

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto fail BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 21 Julai – Kerajaan Johor menyokong arahan pemberhentian operasi NS0 Malaysia atau Network School di Forest City yang berkuat kuasa pada 22 Julai 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat mengikut proses dan undang-undang selepas meneliti laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan dan representasi syarikat.
  • Mesyuarat Penuh Khas MBIP memuktamadkan keputusan dan membatalkan lesen perniagaan Network School.
  • Gesaan kepada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia untuk meneruskan siasatan serta ambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan pasport dan salah nyata identiti.
  • Agensi digesa memperketatkan usaha wajar termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan dan naratif; isu perlu dipandang serius kerana Johor pintu masuk strategik.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan undang – undang selepas meneliti laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan, serta representasi pihak syarikat.

“Keputusan dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Penuh Khas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang turut membatalkan lesen perniagaan Network School,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, beliau turut menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia untuk meneruskan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat penyalahgunaan pasport kedua serta salah nyata identiti.

“Agensi berkaitan digesa memperketatkan proses usaha wajar termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan, dan naratif yang dibawa mana – mana syarikat.

“Perkara ini perlu dipandang serius kerana Johor merupakan pintu masuk strategik negara bersempadan dengan Singapura,” tegas beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.