PM mahu warga imigresen galas tugas dengan integriti, tolak rasuah

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta menolak sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Warga JIM perlu mengangkat nilai ihsan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, berhemah dan berwibawa.
  • Perdana Menteri menyambut Hari Imigresen dan mengucapkan selamat kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Harapan agar JIM terus cemerlang memelihara kedaulatan negara, berbakti kepada rakyat dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Menerusi perkongsian di Facebook bersempena sambutan Hari Imigresen hari ini, Perdana Menteri berkata warga JIM juga perlu sentiasa mengangkat nilai ihsan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berhemah dan berwibawa.

“Selamat Hari Imigresen kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia.

“Semoga terus cemerlang dalam memelihara kedaulatan negara, berbakti kepada rakyat dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.