Jabatan Penjara perketat kawalan, cegah penyeludupan guna dron

Jabatan Penjara sedia mengekang ancaman baharu termasuk penyalahgunaan dron untuk menyeludup barang larangan

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Langkah-langkah keselamatan di semua penjara diperketat termasuk memperluaskan penggunaan teknologi, pemantauan risikan, rondaan keselamatan serta kerjasama antara agensi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah keselamatan semua penjara diperketat; pengembangan teknologi, pemantauan risikan, rondaan dan kerjasama antara agensi dilaksanakan.
  • Siasatan dalaman dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan penghuni atau individu berkaitan cubaan penyeludupan.
  • Jabatan Penjara menegaskan tiada kompromi terhadap pelanggaran undang-undang atau salah laku yang mengancam keselamatan institusi.
  • PDRM bekerjasama rapat; dua suspek ditahan, seorang mengaku menerbangkan dron, kini direman mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 58.

Kesediaan Jabatan Penjara bertujuan mengekang ancaman baharu termasuk penyalahgunaan dron untuk menyeludup barang larangan seperti yang dikesan di Penjara Sungai Udang, 15 Julai lepas yang membawa penahanan dua individu.

“Susulan insiden berkenaan, siasatan dalaman dilaksana bagi mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan mana-mana penghuni atau individu lain yang mempunyai kaitan dengan cubaan penyeludupan tersebut.

“Jabatan Penjara tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang atau salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman institusi penjara.

“Jabatan Penjara serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengukuhkan kerjasama bagi memastikan keselamatan institusi penjara sentiasa berada pada tahap tertinggi serta sebarang cubaan membawa masuk barang larangan dapat dicegah secara berkesan,”menurut kenyataan Jabatan Penjara.

Sebelum ini, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 46 dan 27 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Taman Kris Satria.

Suspek lelaki mengaku menerbangkan dron bagi meninjau lokasi sebelum cubaan menyeludup masuk tembakau.

Kedua-dua mereka kini direman mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 58 Akta Penjara 1995.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.