SJKT Sungai Bakap dijangka siap suku keempat 2027

Foto fail / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai– Projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Bakap dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek tertangguh sejak 2015 kini digerakkan semula selepas kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM12 juta.
  • Kelewatan berpunca daripada kekangan kewangan dan pertikaian perundangan termasuk tuntutan liabiliti.
  • Mahkamah Sesyen menolak kes itu pada Mei 2026, Yayasan Didik Negara dilantik sebagai agensi pelaksana.
  • Iklan tender dikeluarkan Jun, Surat Setuju Terima dijangka minggu ketiga Ogos, membabitkan enam bilik darjah dan pejabat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, projek yang tertangguh sejak 2015 itu kini kembali digerakkan selepas kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM12 juta.

Menurut beliau, kelewatan projek berpunca daripada beberapa isu termasuk kekangan kewangan dan pertikaian perundangan.

“Pihak lembaga pengelola sekolah menerima peruntukan sekali beri sebanyak RM3.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada 2015 bagi pembinaan bangunan gantian penuh sekolah. Namun, projek itu gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan sehingga menyebabkan tuntutan liabiliti kewangan dan prosiding mahkamah terhadap KPM.

Mahkamah Sesyen kemudiannya menolak kes itu pada Mei 2026. Bagi menyelesaikan projek ini, Perdana Menteri meluluskan kos tambahan RM12 juta dengan Yayasan Didik Negara dilantik sebagai agensi pelaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator R.A. Lingeshwaran pada persidangan Dewan Negara di Parlimen.

Tambah Fadhlina, iklan tender projek telah dikeluarkan pada Jun lalu, manakala Surat Setuju Terima dijangka dikeluarkan pada minggu ketiga Ogos ini.

Projek berkenaan merangkumi pembinaan enam bilik darjah, pejabat am serta kemudahan sokongan lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.