
JITRA, 18 Julai – Jenazah dua daripada tiga mangsa korban kejadian kepala air di Sungai Sedim, Kulim, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas.
RINGKASAN BERITA AI
- Jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya Muhammad Aariz Daniel, 3, dikebumikan kira-kira pukul 5.30 petang.
- Jenazah kedua mangsa selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
- Selepas bedah siasat, jenazah dibawa ke Surau Kampung Palas untuk urusan selanjutnya.
- Solat jenazah disertai kira-kira 200 jemaah termasuk penduduk setempat dan ahli keluarga mangsa.
Jenazah Nur Atikah Abdullah, 28 tahun dan sepupunya, Muhammad Aariz Daniel Md Radzi, 3 tahun dikebumikan kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
Terdahulu, jenazah kedua-dua mangsa yang selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dibawa ke Surau Kampung Palas.
Jenazah Nur Atikah dan Muhammad Aariz Daniel disolatkan dengan disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada penduduk setempat serta ahli keluarga mangsa.