
KUCHING, 18 Julai – Dua lelaki tempatan dicekup polis pada Jumaat kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu dalam paket lut sinar dengan berat anggaran 5.05 gram.
- Dua lelaki, umur 31 dan 37, ditahan berhampiran Stutong; seorang mempunyai rekod jenayah lampau.
- Saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif metaphetamin dan amphetamine.
- Kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah serta Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, nilai pasaran dadah berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM555.
“Suspek yang masing-masing berumur 31 dan 37 tahun itu ditahan sebuah lokasi dekat Stutong, Kuching. Salah seorang suspek memiliki satu rekod jenayah lampau.
“Saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis metaphetamin (syabu) dan amphetamine,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.