
KANGAR, 17 Julai – Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun pada bulan lalu.
- Perbuatan didakwa berlaku kira-kira pukul 3.10 pagi, 17 Jun, di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar.
- Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit.
- Mahkamah benarkan ikat jamin RM13,000; syarat lapor diri bulanan, dan larangan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
- Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabila manakala tertuduh tidak diwakili peguam; sebutan semula ditetapkan 14 Ogos.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 3.10 pagi pada 17 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar, di sini.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan syarat melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan, selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabila, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.