Scaloni hormati Sepanyol, sedia buru kejuaraan dunia

Lionel Scaloni, Ketua jurulatih Argentina / REUTERS

ATLANTA, 16 Julai– Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan Sepanyol sebagai lawan yang cukup berkualiti menjelang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Argentina sudah bersedia memburu kejuaraan dan mahu menghadiahkan perlawanan akhir yang menarik kepada peminat.
  • Scaloni menghormati Sepanyol tetapi persahabatan dengan Luis de la Fuente diketepikan demi memenangi gelaran.
  • Semangat juang pemain dan kebangkitan menentang England menunjukkan mereka tidak berhenti berjuang sehingga wisel penamat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pasukannya sudah bersedia memburu kejuaraan.

Menurut Scaloni, Sepanyol layak berada di pentas akhir berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

“Sepanyol ialah sebuah pasukan yang hebat. Kami menghormati mereka, tetapi kami juga sudah bersedia dan mahu menghadiahkan satu perlawanan akhir yang menarik untuk semua peminat bola sepak,” katanya.

Scaloni turut mengakui mempunyai hubungan baik dengan pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente, namun menegaskan persahabatan itu akan diketepikan buat sementara demi memburu gelaran dunia.

“Saya amat menghormati Luis dan gembira dengan kejayaan yang dikecapinya. Namun, kami akan melakukan segala-galanya untuk menewaskan Sepanyol,” katanya.

Mengulas kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi separuh akhir, Scaloni memaklumkan, semangat juang pemain menjadi faktor utama kebangkitan Argentina.

“Pasukan ini sentiasa memberikan aksi terbaik ketika berada bawah tekanan. Pemain tidak pernah berhenti berjuang sehingga wisel penamat,” ujarnya. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.