Semangat juang tinggi kunci kejayaan Argentina

Lautaro Martinez meraikan kejayaan bersama Lionel Messi selepas meledak gol kedua buat Argentina / REUTERS

ATLANTA, 16 Julai– Penyerang Argentina, Lautaro Martinez memuji semangat juang tinggi skuad La Albiceleste selepas bangkit menewaskan England 2-1 untuk mara ke final Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemampuan pasukan bangkit dari tekanan dan kesukaran menjadi kunci kejayaan sepanjang kejohanan.
  • Pasukan tidak pernah berpuas hati; sentiasa mahukan lebih dan mampu mengubah keadaan pada penghujung perlawanan.
  • Lautaro, pemain gantian, menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan selepas Enzo Fernandez menyamakan kedudukan.
  • Lionel Messi dijadikan teladan yang membentuk mentaliti tidak mudah mengalah dan menyuntik semangat juang kepada semua pemain.

Menurut beliau, kemampuan pasukan bangkit daripada tekanan dan kesukaran menjadi kunci kejayaan Argentina sepanjang kejohanan.

“Kami berdepan tiga perlawanan yang sukar sebelum ini, namun pasukan sentiasa berjaya bangkit. Hari ini kami sekali lagi ketinggalan, tetapi mampu mengubah keadaan pada penghujung permainan.

Itulah kekuatan kumpulan ini, kami tidak pernah berpuas hati dan sentiasa mahukan lebih lagi,” katanya.

Lautaro yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan selepas Enzo Fernandez menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum itu.

Beliau turut menyifatkan Lionel Messi sebagai contoh terbaik kepada seluruh pasukan dalam membentuk mentaliti untuk tidak mudah mengalah.

“Pasukan ini tidak pernah berputus asa ketika berdepan kesukaran dan kami mempunyai pemain terbaik dunia sebagai teladan.

Itulah yang mendorong kami untuk terus berjuang,” katanya lagi.

Sementara itu, rakan sepasukan, Giuliano Simeone berkata, beliau kagum dengan semangat pemain senior yang sentiasa menyuntik keyakinan kepada pemain baharu.

“Saya baru bersama skuad kebangsaan, tetapi melihat bagaimana pemain senior menerapkan semangat untuk terus berjuang dan tidak mudah mengalah benar-benar memberi inspirasi,” katanya.

Argentina bakal menentang Sepanyol di perlawanan akhir, selepas juara Eropah itu terlebih dahulu melayakkan diri dengan menewaskan Perancis 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.