JPN Sabah ambil tindakan tegas terhadap murid terlibat pergaduhan di Tawau

JPN Sabah akan mengambil tindakan tegas terhadap murid yang didapati terlibat dalam insiden pergaduhan yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah akan mengambil tindakan tegas terhadap murid yang didapati terlibat dalam insiden pergaduhan di luar kawasan sekolah yang tular di media sosial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah telah mengenal pasti murid terlibat serta menjalankan siasatan dalaman segera.
  • Kes kini disiasat polis, dan JPN Sabah memberi kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan.
  • JPN Sabah menegaskan salah laku luar sekolah dipandang serius dan tindakan disiplin akan diambil mengikut garis panduan.

Dalam satu kenyataan, JPN Sabah memaklumkan pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti murid yang terlibat serta menjalankan siasatan dalaman.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan kini dalam siasatan polis dan JPN Sabah memberi kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan.

“JPN Sabah turut menegaskan bahawa walaupun kejadian berlaku di luar kawasan sekolah, sebarang bentuk salah laku yang melibatkan murid dipandang serius kerana boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid serta mencemarkan imej institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.

JPN Sabah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku disiplin dan tindakan akan diambil terhadap murid yang didapati bersalah mengikut peruntukan serta garis panduan yang berkuat kuasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.