16 pemandu kenderaan perdagangan positif dadah

Zulkarnain Yasin/ JPJ Johor

PAGOH, 16 Julai – Seramai 16 pemandu kenderaan perdagangan dikesan positif dadah menerusi Operasi Bersepadu Dadah yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor sejak 1 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daripada 164 pemandu disaring: 10 positif methamphetamine, 3 syabu, 2 ganja, 1 morfin.
  • Pemandu positif akan dikenakan tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang.
  • Lesen vokasional GDL atau PSV ditahan sehingga siasatan Agensi Antidadah selesai, kemudian digantung tiga bulan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 56(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pengarah JPJ Negeri Johor, Zulkarnain Yasin berkata, daripada 164 pemandu yang disaring, 10 didapati positif methamphetamine, tiga syabu, dua ganja dan seorang morfin.

“Pemandu yang didapati positif akan dikenakan tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang.

“Manakala Lesen Vokasional GDL atau PSV mereka akan ditahan sehingga siasatan Agensi Antidadah Kebangsaan selesai sebelum lesen berkenaan digantung selama tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Bersepadu Dadah terhadap kenderaan perdagangan di Kawasan Rehat & Rawat Pagoh Selatan di sini.

Kes disiasat mengikut seksyen 56(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 serta peraturan berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.