Skoliosis : Menteri Pendidikan, YGTHO beri sumbangan kos pembedahan Arissa El Zahra

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan panggilan video bersama Arrisa dan ibunya / Foto FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Sumbangan RM10,000 disalur Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) bagi membantu kos pembedahan skoliosis seorang remaja, Arissa El Zahra Reduan, 13 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembedahan dijangka dijalankan pada 8 September di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
  • Menteri memuat naik hantaran Facebook dan video pendek bersama Arissa serta ibunya menyampaikan berita gembira.
  • Beliau berdoa agar pembedahan berjalan lancar, Arissa sembuh sepenuhnya, dan berterima kasih kepada media sebagai penghubung.

Pembedahan dijangka dijalankan 8 September ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Perkara berkenaan dimuat naik menerusi hantaran Facebook Menteri Pendidikan.

“Hati siapa tidak terkesan pilu apatah lagi melihat wajah seorang anak yang cukup bersemangat mahu terus ke sekolah. Alhamdulillah, saya dan YGTHO telah menyelesaikan kos rawatan/ pembedahan untuk anakanda Arissa.

“Semoga anakanda Arissa terus diberikan kesembuhan dan ‘afiyah’ serta dipermudahkan urusan selepas pembedahan kelak. Terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah menjadi penghubung kami dengan masyarakat,” katanya.

Beliau turut memuat naik video pendek bersama Arissa El Zahra dan ibunya bagi menyampaikan berita gembira tersebut.

“Semoga pembedahan yang akan dijalani pada September nanti berjalan lancar dan anakanda Arissa akan diberi kesembuhan sepenuhnya. Teruskan berdoa dan terus bersemangat,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.