Murid Tahun 1 maut dilanggar bas sekolah

Foto FB This Is Johor

KLUANG, 15 Julai Seorang murid Tahun Satu maut dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Bunga Raya, Taman Sri Lalang di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu wanita membelok tanpa sedar dan melanggar murid yang sedang berdiri di tepi kenderaan.
  • Mangsa lelaki berusia tujuh tahun parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Pemandu pengsan dan dirawat di hospital; ujian air kencing akan dijalankan selepas keluar wad, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang selepas murid lelaki berusia tujuh tahun itu turun dari bas dan berada di tepi kenderaan terbabit.

“Pemandu bas, seorang wanita berumur 36 tahun kemudian membelok dan tanpa sedar telah melanggar mangsa sehingga jatuh di atas jalan.”

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut beliau dalam kenyataan tersebut.

Pemandu bas yang trauma dilaporkan pengsan, kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Ujian air kencing akan dijalankan selepas suspek keluar dari wad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.