Kerajaan kekal unjuran fiskal 2026, subsidi petroleum diunjur hampir RM40 bilion

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan tidak bercadang menyemak unjuran fiskal 2026 meskipun konflik di Asia Barat dijangka meningkatkan subsidi produk petroleum kepada hampir RM40 bilion tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Subsidi petrol (RON95, diesel) meningkat daripada kira-kira RM800 juta sebulan (Jan-Feb) kepada sekitar RM4 bilion sebulan (Mei-Jun).
  • Kenaikan harga minyak menambah hasil berkaitan petroleum, sekali gus membantu menampung sebahagian kos subsidi.
  • Semakan unjuran fiskal 2026 hanya akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027 berdasarkan perkembangan ekonomi dan prestasi hasil serta perbelanjaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong memaklumkan, subsidi petrol RON95 dan diesel meningkat daripada kira-kira RM800 juta sebulan pada Januari dan Februari kepada sekitar RM4 bilion sebulan pada Mei dan Jun susulan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Jelasnya, peningkatan harga minyak turut menambah hasil berkaitan petroleum sekali gus membantu menampung sebahagian kos subsidi.

“Kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi BUDI95 dan BUDI Diesel pada bulan Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak ke sekitar RM2 bilion ringgit sebulan. Pada Mac dan April 2026, subsidi pada bulan Mei dan Jun pula sederhana iaitu sekitar RM4 bilion ringgit sebulan.

“Harga minyak terus menyederhana pada bulan Julai dan sekiranya harga pasaran semasa kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM4 bilion bagi tahun 2026, termasuk ketika perkembangan krisis di Asia barat.

“Walaupun kenaikan harga minyak meningkatkan perbelanjaan subsidi, ia juga menyumbang kepada peningkatan hasil berkaitan petroleum,” katanya.

Liew menjawab soalan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengenai kesan konflik Asia Barat terhadap subsidi bahan api dan sasaran
defisit fiskal 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, sebarang semakan unjuran fiskal hanya akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027 berdasarkan perkembangan ekonomi serta prestasi hasil dan perbelanjaan semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.