Agong terima menghadap Datuk Fahmi di Istana Negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil di Istana Negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persediaan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan berlangsung di Dataran Putrajaya.
  • Tema HKHM2026 adalah Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
  • Logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan sehingga tahun hadapan.
  • Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 di Ipoh pada 19 Julai; Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sarawak.

Menurut perlongsian di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum berkenaan persediaan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 31 Ogos depan di Dataran Putrajaya.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” merupakan tema yang dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026) tahun ini, manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan hingga tahun hadapan.

Sebelum ini, Datuk Seri Fahmi memaklumkan majlis peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 19 Julai ini, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.