Bandar Abadan antara sasaran serangan udara Amerika

Washington telah melancarkan serangan malam ketiga terhadap Tehran

TEHRAN, 14 Julai – Serangan udara Amerika Syarikat (AS) mengenai kawasan sempadan Iran berhampiran Iraq dan Kuwait.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bandar Abadan dan pelabuhan Mashahr dilaporkan menjadi sasaran serangan.
  • Lima letupan kedengaran sekitar Bandar Abbas, menambah ketegangan di sekitar Selat Hormuz.
  • IRGC menyatakan AS melakukan serangan udara semalaman ke atas kemudahan pantai dan tapak tentera di selatan Iran.
  • Tehran laporkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan AS di Bahrain, Jordan dan Kuwait.

Timbalan Gabenor Wilayah Khuzestan, Valiollah Hayati memaklumkan Bandar Abadan serta bandar pelabuhan Mashahr menjadi sasaran serangan.

“Dalam pada itu, lima letupan kedengaran sekitar bandar pelabuhan Bandar Abbas berhampiran Selat Hormuz yang turut menjadi sasaran ketegangan baharu antara Washington dan Tehran,”menurut laporan IRNA.

Washington telah melancarkan serangan malam ketiga terhadap Tehran, ketika Presiden Donald Trump mengenakan semula sekatan terhadap pelabuhan Iran dan mencadangkan semua kapal membuat bayaran kepada Amerika Syarikat untuk melalui Selat Hormuz.

Sementara itu, Angkatan bersenjata Iran memaklumkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan AS di Bahrain, Jordan serta Kuwait merupakan tindak balas kepada serangan terbaharu Washington, di selatan Iran.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menerusi kenyataan yang disiarkan Sepah News menyatakan AS melakukan serangan udara semalaman ke atas kemudahan pantai dan beberapa tapak tentera di selatan Iran.

“Pasukan tentera laut dan aeroangkasa menyasarkan pangkalan Juffair tentera AS dan ibu pejabat Armada Kelima AS di Bahrain dan menyerang depoh senjata, kemudahan penyimpanan bahan api, sistem komunikasi dan radar, penginapan tentera dan pusat arahan untuk kapal permukaan tanpa pemandu.

“Peluru berpandu balistik mengena kedudukan AS di pangkalan udara di Jordan sambil menegaskan Tehran tidak bermusuhan dengan Jordan atau rakyatnya,”menurut kenyataan berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.