LG Subscribe perluas rangkaian, kini terbesar di Malaysia

foto LG Malaysia

PETALING JAYA, 7 Julai – LG Electronics Malaysia membuka LG Subscribe Brand Store ke-130 di Sunway Pyramid, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian pelan sewa-beli peralatan pintar rumah berjenama terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah cawangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • LG Subscribe berkembang dari kiosk ke rangkaian luas di seluruh negara sejak 2019, memperluas capaian pelanggan.
  • Model sewa-beli menawarkan akses fleksibel kepada teknologi pintar rumah disokong perkhidmatan selepas jualan, menurut Pengarah Urusan Justin Choi.
  • Lancarkan Filter Drop Campaign untuk pelupusan penapis terpakai bertanggungjawab, hadiah percuma, dan selari dengan inisiatif kelestarian LG.

Sejak diperkenalkan pada 2019, LG Subscribe berkembang daripada sebuah kiosk kepada 130 cawangan di 58 lokasi di seluruh negara, merangkumi Lembah Klang, Utara, Selatan, Sabah, Sarawak dan Pantai Timur.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, pencapaian itu mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap model pelan sewa-beli LG yang menawarkan akses lebih fleksibel kepada teknologi pintar rumah berserta perkhidmatan selepas jualan.

“Pembukaan 130 cawangan merupakan satu detik penting buat kami. Ia mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap LG Subscribe serta komitmen kami untuk menjadikan pengalaman kehidupan di rumah yang lebih fleksibel.

“Kami percaya rakyat Malaysia berhak menikmati teknologi terbaik di rumah mereka melalui kaedah yang lebih bijak, tanpa dibatasi kos pemilikan yang tinggi, sebaliknya disokong oleh perkhidmatan dan penjagaan berterusan,” katanya.

Bersempena pembukaan kedai baharu itu, LG turut melancarkan Filter Drop Campaign, iaitu program yang menggalakkan pelanggan menyerahkan penapis terpakai di LG Subscribe Brand Store untuk dilupuskan secara bertanggungjawab, selain menerima hadiah percuma.

Inisiatif tersebut selaras dengan komitmen kelestarian LG menerusi penggunaan teknologi inverter yang lebih cekap tenaga serta pengurusan kitaran hayat produk yang lebih mampan.

LG Subscribe juga boleh diakses menerusi LG Online Brand Shop bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat dan melanggan perkhidmatan secara dalam talian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.