Jurulatih Portugal letak jawatan

Martinez umum letak jawatan Ketua Jurulatih Portugal. Foto/AFP

ARLINGTON, 7 JULAI – Ketua jurulatih Portugal, Roberto Martinez melepaskan jawatan sebagai pengendali pasukan itu selepas tersingkir pada pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2026 susulan kekalahan 0-1 kepada Sepanyol.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sering dikritik kerana mengekalkan kapten veteran Cristiano Ronaldo walaupun prestasinya dipersoalkan.
  • Berpengalaman melatih Belgium serta beberapa kelab England termasuk Swansea, Wigan dan Everton.
  • Kontraknya dijangka berakhir selepas kempen Piala Dunia; beliau mengumumkan ini perlawanan terakhir dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Portugal.

Martinez, 52 tahun yang dilantik mengendalikan Portugal pada 2023 sering dikritik kerana terus mengekalkan ketua pasukan veteran Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama meskipun prestasinya dipersoalkan.

Sebelum membimbing Portugal, beliau pernah mengendalikan Belgium, selain mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab di England termasuk Swansea City, Wigan Athletic dan Everton

Kontrak Martinez bersama Portugal sememangnya dijangka berakhir selepas kempen Piala Dunia, sekali gus menjadikan pengumuman tersebut tidak mengejutkan.

“Benar, ini adalah perlawanan terakhir saya bersama pasukan kebangsaan Portugal. Terima kasih kepada rakyat Portugal kerana tempoh ini amat luar biasa dan satu penghormatan yang sukar saya ungkapkan dengan kata-kata.

“Segala semangat dan sokongan yang kami terima daripada penyokong serta seluruh rakyat Portugal amat luar biasa.Terima kasih atas segalanya. Kenangan ini akan saya bawa sepanjang hayat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.