
KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga 12 tengah malam ini.
- Perak: Selama, Kerian, Larut Matang, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk dan Muallim.
- Pahang: Temerloh, Bentong, Raub dan Bera; Selangor: Hulu Langat, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
- Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Jempol, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin; Melaka: Jasin; Johor: Segamat, Muar, Tangkak dan Batu Pahat.
- Sarawak: Limbang, Miri, Kapit (Song dan Kapit), Sibu (Kanowit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Sarikei (Julau); Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri-negeri terlibat ialah Perak (Selama, Kerian, Larut Matang, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk dan Muallim), Pahang (Temerloh, Bentong, Raub dan Bera) dan Selangor (Hulu Langat, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam).
Cuaca sama turut dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Jempol, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Segamat, Muar, Tangkak dan Batu Pahat).
Sementara itu, kawasan yang terjejas di Sarawak ialah Limbang, Miri, Kapit (Song dan Kapit), Sibu (Kanowit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Sarikei (Julau), manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan dan Ranau), Sandakan (Tongod, Paitan dan Telupid) dan Kudat (Kota Marudu).