
IPOH, 17 Oktober – Sebanyak 56 penduduk terjejas dan banjir di daerah Larut, Matang dan Selama ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini.
- Empat lagi PPS dibuka malam ini: SK Changkat Ibol, Dewan Masjid Al Wusta, Dewan Perdana Trong, SK Matang Gelugor.
- Beberapa kediaman di Kampung Changkat Ibol, Kampung Batu 9 dan Trong dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan.
- Jumlah mangsa di PPS SK Matang, dibuka sejak Rabu, masih kekal; angka terperinci belum dikemas kini.
Bagaimanapun, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan empat lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol, Dewan Masjid Al Wusta, Dewan Perdana Trong dan SK Matang Gelugor dibuka pada 8 malam ini.
Kesemua PPS dibuka berikutan beberapa kediaman di Kampung Changkat Ibol, Kampung Batu 9 dan Trong dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
“Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di PPS berkenaan masih belum dikemas kini sehingga kini,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, sekretariat berkenaan memaklumkan jumlah mangsa ribut di PPS SK Matang yang dibuka sejak Rabu lepas masih kekal dengan 56 mangsa daripada 21 keluarga setakat malam ini. – BERNAMA