Zi Yu-Genevie beregu wanita pertama Malaysia juara dunia remaja

Gambar Hiasan/ RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Beregu wanita negara Low Zi Yu-Genevie Lim melakar sejarah apabila menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung acara itu pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengalahkan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio 15-7, 9-15, 15-12 dalam aksi akhir tiga set.
  • Muncul sebagai beregu wanita Malaysia pertama bergelar juara dunia remaja sejak acara dimulakan pada 1992, sebelum ini didominasi China.
  • Mara ke final selepas menumpaskan pilihan ke-15 China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin, 15-9, 15-11 dalam separuh akhir 32 minit.

Pada aksi final di Stadium Antarabangsa Kaherah, pasangan pilihan kedua kejohanan itu menewaskan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio dalam pertarungan tiga set 15-7, 9-15, 15-12.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Zi Yu-Genevie muncul beregu wanita pertama negara bergelar juara dunia remaja sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992, yang sebelum ini banyak didominasi wakil China.

Zi Yu-Genevie mara ke final selepas menundukkan pasangan pilihan ke-15 dari China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin 15-9, 15-11 dalam aksi separuh akhir semalam yang berlangsung selama 32 minit.
– BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.