
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2026 disifatkan sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.
- KPDN menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 untuk melengkapkan pindaan akta.
- Pindaan memperkukuh kerangka perundangan berkaitan ekosistem kredit pengguna.
- Menangani aduan caj faedah tersembunyi dan baki pinjaman tinggi walaupun penyelesaian awal.
Timbalan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr. Fuziah Salleh, selaras dengan pindaan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 bermula tarikh sama.
Perkara itu sebagai sebahagian daripada ikhtiar memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.
“Sebelum pindaan ini, antara isu yang sering menjadi keluhan rakyat ialah berkaitan transaksi sewa beli dalam pembelian kenderaan, khususnya melibatkan caj faedah tersembunyi serta baki pinjaman yang masih tinggi walaupun pengguna membuat penyelesaian awal pinjaman.
“Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki yang tinggi, yang tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli.