Penyokong Mexico City himpun luar hotel, ganggu tempoh rehat pemain

Foto Reuters

MEXICO CITY, 5 Julai – Kawalan keselamatan di luar hotel penginapan skuad bola sepak England di Mexico City dipertingkatkan, susulan himpunan penyokong yang membuat kekecohan dan bising hingga menggangu tempoh rehat para pemain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis pasang pagar halangan dan menugaskan pengawal keselamatan di sekeliling hotel.
  • Sekumpulan kecil penyokong berhimpun berhampiran pagar untuk mengambil gambar dan video pemain.
  • Penyokong menyatakan mereka hadir secara aman untuk menyokong pasukan dan bertemu pemain.
  • Polis menghalau sebahagian penyokong yang membuat kekecohan; kawasan keselamatan diperluas kerana pertambahan penyokong.

Polis tempatan bertindak memasang pagar halangan di sekeliling hotel, serta menugaskan pengawal keselamatan bagi mengelakkan penyokong menghampiri hotel berkenaan.

Bagaimanapun, sekumpulan kecil penyokong berdegil berhimpun berdekatan pagar keselamatan yang dipasang, bertujuan untuk mengambil gambar dan video bintang sukan England.

Penyokong berkata, mereka berhimpun di hotel berkenaan bagi memberi sokongan kepada pasukan bola yang disokong mereka.

“Kami berkumpul sebab kami dimaklumkan pemain akan menginap di sini. Jadi kami datang untuk tengok mereka,” kata penyokong, Regina Rimenez.

“Kami mahu berjumpa dengan pemain dan mengambil video mereka sebagai tanda sokongan. Kami penyokong Mexico tetapi kami datang secara aman,” ujar Mariana Lyn.

Pihak polis turut bertindak menghalau sebahagian kumpulan penyokong yang bertindak membuat kekecohan.

Selain itu, keluasan kawasan keselamatan diperluaskan di luar hotel, ekoran pertambahan penyokong yang hadir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.