
JOHOR BAHRU, 4 Julai – Barisan Nasional (BN) menjadikan prestasi pentadbiran Kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai antara mesej utama kempen bagi meraih sokongan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
- Kemenangan calon BN Datuk Abdul Halim Suleiman penting untuk memastikan kesinambungan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri.
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid puji Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai antara menteri besar terbaik Johor, menegaskan keputusan istana tidak silap.
- Prestasi pentadbiran Onn Hafiz mengukuhkan keyakinan terhadap hala tuju dan pelaksanaan pembangunan negeri sekarang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan calon BN bagi kerusi berkenaan, Datuk Abdul Halim Suleiman penting bagi memastikan kesinambungan pentadbiran serta agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.
“Kita mempunyai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang merupakan antara menteri besar terbaik yang pernah Johor perolehi. Jelas bahawa keputusan pihak istana itu tidak pernah silap,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Anak Tiram di Kota Masai di sini, malam tadi.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyifatkan prestasi pentadbiran Johor di bawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz sebagai antara faktor yang mengukuhkan keyakinan terhadap hala tuju pembangunan negeri ketika ini.
Program berkenaan turut dihadiri kepimpinan BN serta jentera parti di peringkat negeri dan kawasan.