
KULAI, 3 Julai – Pemandu lori dan kelindannya maut dalam kejadian kemalangan dua kenderaan di Jalan Kulai-Kota Tinggi pada 1.30 petang semalam.
- Lori dari Kota Tinggi hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta di bahu jalan.
- Pemandu lori (74) dan kelindan (32) disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; saksi diminta hubungi Inspektor Ahmad Safuan 017-7573507.
Siasatan awal polis mendapati, lori yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Kulai, terbabas dan melanggar sebuah kereta di bahu jalan, menurut Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee.
“Kejadian tersebut melibatkan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 74 tahun dan kalindan lelaki tempatan berumur 32 tahun dengan sebuah kereta.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang sedang bergerak terus dari Kota Tinggi menghala ke arah Kulai tiba-tiba hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Sementara pemandu kereta tiada di dalam kenderaannya ketika kejadian berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.