
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Sambutan ulang tahun ke-250 Kemerdekaan Amerika Syarikat menerusi Freedom 250 Reception menjadi platform mengeratkan hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika Syarikat serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua negara.
- Kehadiran Menteri Pelaburan Johari Abdul Ghani sebagai tetamu kehormat.
- Dihadiri barisan diplomat, wakil kerajaan, pemimpin industri, komuniti perniagaan dan rakan strategik kedua-dua negara.
- Penganjuran mencerminkan hubungan diplomatik lama, menyokong kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan dan teknologi.
- Persembahan khas lagu patriotik Malaysia dan AS hasil gubahan komposer tempatan melambangkan semangat persahabatan dan hormat.
Majlis yang berlangsung di ibu negara malam ini dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai tetamu kehormat.
Turut hadir barisan diplomat, wakil kerajaan, pemimpin industri, komuniti perniagaan serta rakan strategik dari Malaysia dan Amerika Syarikat.
Penganjuran majlis itu mencerminkan hubungan diplomatik yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, selain menyediakan ruang untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan dan teknologi.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan khas yang menggabungkan lagu-lagu patriotik Malaysia dan Amerika Syarikat hasil gubahan komposer tempatan.
Persembahan itu melambangkan semangat persahabatan dan saling menghormati yang menjadi asas hubungan dua hala sejak sekian lama.
Majlis berkenaan turut menjadi medan memperluas jaringan kerjasama antara kerajaan, komuniti diplomatik dan sektor industri kedua-dua negara, selaras dengan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat yang terus berkembang dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.