PM utus tahniah kepada Xi Jinping, teguh hubungan Malaysia-China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja ke Beijing pada September tahun lalu./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan China berlandaskan prinsip saling menghormati, kepercayaan dan manfaat bersama demi menjamin keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengutus surat tahniah kepada Presiden Xi Jinping sempena ulang tahun ke-105 parti pemerintah China.
  • Beliau merakam penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang memacu kemajuan berasaskan tamadun, sejarah dan nilai warisan.
  • Mengingatkan pengiktirafan diplomatik 31 Mei 1974 dan hubungan lebih setengah abad merangkumi perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan pertukaran budaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau telah mengutus surat kepada Presiden China, Xi Jinping, sempena ulang tahun ke-105 parti pemerintah negara itu bagi menyampaikan ucapan tahniah mewakili Kerajaan dan rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang disifatkan berjaya memacu kemajuan negara berkenaan berteraskan kekuatan tamadun, sejarah serta nilai-nilai warisan yang diwarisi sejak sekian lama.

Beliau turut mengimbau detik bersejarah pada 31 Mei 1974 apabila Malaysia menjadi negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf dan menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan Republik Rakyat China.

“Keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pandangan jauh itu terus menjadi asas kukuh kepada hubungan erat yang telah diperkukuh selama lebih lima dekad. Malaysia akan terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.

“Malaysia akan terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau,” katanya.

Hubungan diplomatik Malaysia-China yang kini melepasi usia 50 tahun terus berkembang merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan pertukaran budaya, sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.