Portugal berdepan gelombang haba terbaharu, suhu dijangka 44 darjah celsius

Foto AFP

LISBON, 2 Julai – Beberapa wilayah di Portugal berdepan amaran tahap merah selepas negara itu mula dilanda gelombang panas ekstrem terbaharu sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi di beberapa negara Eropah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran diperluas ke Leiria dan Coimbra; suhu diramal melonjak sehingga 44 darjah Celsius.
  • IPMA menjangka gelombang panas berlarutan sekurang-kurangnya seminggu.
  • Suhu malam dijangka kekal tinggi, tidak turun bawah 24 hingga 28 darjah Celsius.

Agensi kaji cuaca kebangsaan, Institut Laut dan Atmosfera Portugal (IPMA) mengumumkan bahawa wilayah pesisir pantai Lisbon dan Setubal akan diletakkan di bawah amaran merah bermula Khamis.

Tahap amaran tertinggi itu akan diperluas ke kawasan Leiria dan Coimbra di sebelah utara pada Jumaat iaitu suhu di lokasi berkenaan diramal melonjak sehingga mencecah 44 darjah celcius.

Sebelum ini pada Rabu, amaran jingga telah pun dikuatkuasakan di empat wilayah pedalaman termasuk Evora yang mencatatkan suhu 41 darjah celcius.

IPMA turut memberi amaran bahawa gelombang panas kali ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya seminggu.

“Suhu pada waktu malam juga diramal kekal tinggi dan tidak akan turun di bawah paras 24 hingga 28 darjah celcius,” katanya.

Setakat ini, rekod suhu tertinggi sepanjang zaman telahpun dipecahkan di beberapa negara termasuk Jerman, Poland, Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Di samping itu, United Kingdom dan Switzerland turut mencatatkan suhu luar biasa bulan lepas.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.