Bunyi bising punca utama penyakit pekerjaan – JKKP

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Ir. Ahmad Jailani Mansor / Foto fail BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 6 Oktober – Sebanyak 6,747 kes penyakit pendengaran akibat bunyi bising direkodkan pada 2024, membabitkan 82.3 peratus daripada keseluruhan penyakit pekerjaan yang disahkan di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bunyi bising di tempat kerja memerlukan langkah pencegahan dan pengesanan awal untuk melindungi kesihatan pekerja.
  • Majikan tidak seharusnya menunggu pekerja jatuh sakit, perlu kenal pasti bahaya, nilaikan risiko dan laksanakan kawalan sewajarnya.
  • Karnival Kesihatan Pekerjaan di UMT tingkatkan kesedaran melalui saringan kesihatan, pameran dan aktiviti interaktif.

Angka itu menunjukkan pendedahan kepada bunyi bising di tempat kerja bukan isu kecil, sebaliknya memerlukan langkah pencegahan dan pengesanan awal bagi melindungi kesihatan pekerja.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Ir. Ahmad Jailani Mansor berkata, majikan tidak seharusnya menunggu sehingga pekerja jatuh sakit sebelum mengambil tindakan.

Sebaliknya, katanya, majikan perlu mengenal pasti bahaya, menilai risiko dan melaksanakan langkah kawalan yang sewajarnya.

Kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pekerjaan itu antara yang diketengahkan menerusi Karnival Kesihatan Pekerjaan Zon Pantai Timur 2026 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program berkenaan turut menampilkan saringan kesihatan, pameran dan aktiviti interaktif bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.