Polis Singapura rampas banglo mewah dalam kes siasatan cip AI

Foto Reuters

SINGAPURA, 1 Julai – Polis Singapura menyita sebuah banglo mewah bernilai lebih AS$40 juta dalam kes penipuan yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan cip kecerdasan buatan (AI) yang melanggar kawalan eksport Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan tumpu pada Aaron Woon, Alan Wei dan Li Ming atas dakwaan menyembunyikan identiti pengguna akhir pelayan dibekalkan oleh Dell dan Super Micro.
  • Pertuduhan tambahan difailkan terhadap Woon, Li dan Jenny Lim, ketua pegawai kewangan syarikat terlibat.
  • Polis jangka pertuduhan lanjut terhadap Alan Wei minggu depan termasuk pengubahan wang haram.
  • Pelayan mungkin mengandungi cip AI Nvidia termaju; dihantar dari Singapura ke Malaysia, destinasi akhir masih belum pasti, mungkin untuk pasaran China.

Siasatan tertumpu kepada dua warga Singapura, Aaron Woon dan Alan Wei serta seorang warga China, Li Ming yang didakwa tahun lalu atas pertuduhan menipu kerana menyembunyikan identiti pengguna akhir sebenar bagi pelayan (server) yang dibekalkan oleh syarikat AS, Dell dan Super Micro.

Pada Rabu, pihak penyiasat memfailkan pertuduhan tambahan terhadap Woon, Li serta Jenny Lim, ketua pegawai kewangan sebuah syarikat yang terlibat dalam kes berkenaan.

Polis menjangkakan lebih banyak pertuduhan akan dikenakan ke atas Wei minggu depan, termasuk pengubahan wang haram.

“Polis turut mengeluarkan perintah larangan pelupusan terhadap sebuah hartanah mewah milik Wei yang dianggarkan bernilai AS$42.4 juta, ” menurut polis dalam satu kenyataan.

Selain, menyita dana dalam akaun bank yang sedang disiasat.

Empat syarikat turut berdepan pertuduhan berkaitan penipuan dalam kes itu.

Tahun lalu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa pelayan yang menjadi subjek siasatan mungkin mengandungi cip AI termaju keluaran Nvidia.

“Pelayan berkenaan dihantar dari Singapura ke Malaysia. Namun, destinasi akhirnya masih belum dapat dipastikan,” kata Menteri Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam.

Beberapa media pula melaporkan peralatan itu mungkin untuk pasaran China. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.