Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM33.32 bilion (konvensional) dan RM21.39 bilion (pasaran wang Islam).
  • BNM akan menjalankan tender repo berbalik RM6.0 bilion (tujuh hari), Murabahah Komoditi Bercagar RM100 juta dan repo semalaman RM500 juta.
  • Pada 4.00 petang BNM akan menjalankan tender semalaman sehingga RM40.0 bilion dan sehingga RM21.5 bilion dalam Murabahah.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM33.32 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.39 bilion dalam pasaran wang Islam.

BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM6.0 bilion untuk tujuh hari, tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM100 juta dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM500 juta.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.0 bilion dan sehingga RM21.5 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.