610 pelajar SPM di Melaka nikmati tuisyen percuma

Foto BERNAMA

JASIN, 28 Jun – Seramai 610 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan menerima manfaat tuisyen percuma menerusi Program Permata Anak Melaka (PAMA) dan Program Tuisyen Matematik Tambahan Permata TYT (PROMAT).

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan RM175,700 dari Yayasan TYT membantu pelajar SPM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
  • Program kem motivasi menekankan kepentingan pendidikan asas untuk persediaan menghadapi masa depan mencabar.
  • Beliau menggesa pelajar memahami sejarah dan jasa leluhur sebagai sumber inspirasi serta motivasi.
  • Kerajaan Negeri Melaka melaksanakan program tuisyen percuma sebagai inisiatif bantu calon SPM 2026.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan bernilai RM175,700 dari Yayasan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka itu membantu pelajar SPM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

“Program kem motivasi ini bertujuan menyedarkan anak-anak tentang pentingnya pendidikan asas sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

“Saya juga menekankan supaya mereka memahami sejarah dan jasa leluhur yang telah banyak menyumbang kepada negara, agar ia menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam membentuk masa depan mereka.

“Semangat itu penting untuk mendorong mereka melakar kejayaan sejak di peringkat pendidikan asas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Permata Anak Melaka (PAMA) dan Program Tuisyen Matematik Tambahan Permata TYT (PROMAT) di sini.

Program tuisyen percuma tersebut merupakan langkah Kerajaan Negeri Melaka membantu pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.