PRN Johor: Orang ramai diminta lapor kandungan berunsur 3R sepanjang kempen

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/Foto RTM

MUAR, 28 Jun – Orang ramai disaran memainkan peranan dengan melaporkan kandungan yang melanggar undang-undang pilihan raya atau berunsur 3R sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelanggaran undang-undang pilihan raya berkaitan calon boleh dilapor terus kepada SPRM untuk tindakan lanjut.
  • Kandungan berunsur 3R perlu dilapor pada platform seperti Facebook; jika platform gagal, lapor kepada MCMC.
  • PRN Johor ke-16 melibatkan 172 calon bertanding bagi 56 kerusi; pengundian awal 7 Julai, biasa 11 Julai.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, sebarang pelanggaran undang-undang pilihan raya, khususnya berkait dengan calon boleh dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM).

“Dalam masa yang sama sekiranya ada apa-apa yang berlaku dalam talian, boleh laporan dengan platform-platform. Itu tempat pertama. Kita kalau nampak sesuatu yang bersifat 3R di Facebook, buat laporan pada Facebook. Platform berkenaan yang sepatutnya mengambil tindakan. Dan sekiranya ia gagal, orang ramai boleh lapor kepada MCMC untuk tindakan susulan,” katanya.

PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon disahkan bertanding dengan keseluruhan 56 kerusi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN)

Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai, manakala hari pengundian biasa pada 11 Julai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.