Gempa Taiwan: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia – METMalaysia

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 melanda timur laut Taiwan pada tengah hari tadi, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa dikesan pada pukul 12.04 tengah hari waktu tempatan.
  • Pusat gempa pada koordinat 26.0 darjah Utara dan 125.9 darjah Timur.
  • Kejadian berlaku pada kedalaman 10 km, kira-kira 182 kilometer barat Naha, Jepun.
  • METMalaysia menjalankan pemantauan berterusan terhadap aktiviti seismik di rantau berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi tersebut dikesan pada pukul 12.04 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa pada koordinat 26.0 darjah Utara dan 125.9 darjah Timur.

“Gempa berlaku di timur laut Taiwan pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 182 km barat dari Naha, Jepun,” menurut kenyataan METMalaysia.

METMalaysia turut memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan bagi mengesan sebarang perkembangan lanjut berkaitan aktiviti seismik di rantau berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.