Dua ribut serentak landa Jepun, cetus tanah runtuh

Foto REUTERS

SHIMODA, 27 Jun – Taufan Mekkhala dan ribut tropika Higos melanda beberapa kawasan di Jepun pada Sabtu dengan hujan lebat yang mengakibatkan kejadian tanah runtuh, kecederaan serta arahan pemindahan penduduk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tanah runtuh di Bandar Hirao, Wilayah Yamaguchi mengakibatkan tiga cedera dan seorang hilang.
  • Hujan lebat berterusan sejak Rabu; jumlah hujan di Yanai melebihi 350 milimeter menurut agensi cuaca tempatan.
  • Pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan untuk ribuan penduduk di Oshima, Tokyo dan Shimoda, Shizuoka kerana risiko tanah runtuh.

Penyiar NHK melaporkan, tiga orang cedera dan seorang dilaporkan hilang selepas tanah runtuh yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Bandar Hirao, Wilayah Yamaguchi.

Hujan lebat dilaporkan berterusan sejak Rabu lalu di kawasan terjejas. Jumlah hujan di bandar Yanai yang berdekatan mencecah lebih 350 milimeter, menurut agensi cuaca tempatan.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan arahan pemindahan terhadap ribuan penduduk di beberapa kawasan termasuk bandar Oshima di Tokyo dan Shimoda di wilayah Shizuoka, berikutan risiko tanah runtuh.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.