Penamaan calon PRN Johor lancar, polis sahkan tiada insiden

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad/Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di kesemua 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai lebih 4,800 petugas polis digerakkan sepanjang PRN Johor untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
  • Sebanyak 437 anggota trafik ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal aliran lalu lintas sekitar pusat penamaan calon.
  • Sehingga kini 26 permit kempen telah diluluskan di seluruh Johor dan dijangka meningkat sepanjang tempoh berkempen.
  • Polis menasihatkan semua parti berkempen secara berhemah dan menyatakan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, sehingga pukul 10 pagi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang boleh mengganggu kelancaran proses penamaan calon.

Menurut beliau, seramai lebih 4,800 petugas polis digerakkan sepanjang PRN Johor bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Selain itu, 437 anggota trafik ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal aliran lalu lintas di sekitar pusat penamaan calon.

Sehingga hari ini, sebanyak 26 permit kempen telah diluluskan di seluruh Johor dan jumlah itu dijangka terus meningkat sepanjang tempoh berkempen.

“Kita percaya akan banyak lagi permit berkempen untuk mengadakan ceramah umum yang akan diluluskan berdasarkan penilaian Ketua Polis Daerah masing-masing.

“Kepada semua parti politik yang bertanding, berkempenlah secara berhemah dan jangan menimbulkan sebarang situasi yang boleh mengganggu keselamatan serta ketenteraman awam di negeri Johor. Kami bersedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat penamaan calon DUN Puteri Wangsa, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.