
BATU PAHAT, 27 JUN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan bekerja 24 jam sehari sehingga hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung pada 11 Julai ini, bagi memantau kandungan memudaratkan dalam media sosial.
- Kandungan memudarat termasuk berita palsu, isu agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).
- Komitmen MCMC membantu SPR dan pihak berkuasa membendung aktiviti berkempen yang tidak sihat.
- Orang ramai diminta laporkan kandungan palsu atau 3R kepada platform, kemudian kepada MCMC; calon digesa berkempen berdasarkan fakta.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kandungan memudaratkan termasuk melibatkan hantaran berita palsu, agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).
Komitmen itu sebagai insiatif untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa terlibat bagi membendung aktiviti berkempen yang tidak sihat sepanjang tempoh pilihanraya.
“Saya percaya calon-calon akan berkempen dengan sihat berasaskan fakta. Kepada orang ramai sekiranya anda lihat apa-apa kandungan bersifat palsu atau 3R, pertama laporkan kepada platform itu sendiri, seterusnya buat laporan kepada MCMC,” katanya.
Datuk Fahmi menyatakannya selepas mengiringi calon Pakatan Harapan, Mohd Khuzzan Abu Bakar di Dewan Pencalonan N.17 Semerah, Batu Pahat di sini.