400,000 pengunjung dijangka hadiri Program Pelancongan Budaya 2026

Penganjuran program turut memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat

KUALA LUMPUR, 26 Jun Penganjuran dua siri Program Pelancongan Budaya 2026 dijangka menarik kehadiran sehingga 400,000 pengunjung dan pelancong.

RINGKASAN BERITA AI
  • JKKN melihat program sebagai wadah mempromosikan pelancongan dan mengangkat identiti budaya setiap negeri.
  • Lokasi penganjuran: Port Dickson (Festival Rentak Negeri) dan Tok Bali (Festival Kesenian Rakyat Kelantan).
  • Program diyakini memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat termasuk usahawan kecil dan sederhana.

Sasaran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu berdasarkan unjuran siri penganjuran sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN, Mohd Radzi Omar mengakui penganjuran program seperti itu bukan sahaja mempromosikan sektor pelancongan, namun menjadi wadah mengangkat identiti budaya setiap negeri.

“Port Dickson, Negeri Sembilan serta Tok Bali, Kelantan menjadi lokasi penganjuran kali ini.

“Program bakal berlangsung masing-masing bermula hari ini hingga Ahad (18 Jun) di Port Dickson iaitu Festival Rentak Negeri 2026, sementara Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 bakal berlangsung 1 hingga 4 Julai ini,”katanya selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Beliau dalam masa sama turut yakin penganjuran program-program seperti itu memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat termasuk usahawan kecil dan sederhana.

Festival Rentak Negeri 2026 yang berlangsung di Pantai Batu 1, Port Dickson mengetengahkan identiti negeri menerusi pameran hiasan rumah tradisional dari setiap daerah, perarakan tandu perkahwinan serta peluang mempelajari tarian piring lambung secara percuma.

Manakala kesenian Mak Yong, Dikir Barat serta Wayang Kulit pula diangkat pada Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 di Jeti Pelancongan Tok Bali, awal Julai ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.