
KUALA KURAU, 26 Jun – Dua nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Terong, Perak, ditemukan meninggal dunia, semalam.
- Mangsa ditemui oleh vesel nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti Kuala Sepetang.
- Bot disyaki mengalami kerosakan enjin dan cuaca buruk ketika menarik pukat.
- Identiti mangsa disahkan oleh majikan dan mayat diserahkan kepada PDRM.
- Komuniti nelayan dinasihatkan utamakan keselamatan: periksa bot, pakai jaket, bawa alat komunikasi dan semak ramalan cuaca.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Mohd Hairil Othman berkata, kedua-dua mangsa ditemui oleh sebuah vesel nelayan tempatan sebelum dibawa ke Jeti Kuala Sepetang.
Menurutnya insiden berlaku apabila bot nelayan yang dinaiki mangsa disyaki mengalami kerosakan enjin, selain faktor cuaca buruk ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja menarik pukat.
“Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan identiti oleh majikan masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
“Susulan penemuan tersebut, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) ditamatkan pada 25 Jun 2026, pukul 7.10 malam”, katanya menerusi kenyataan.
Komuniti nelayan dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut dengan memastikan bot berada dalam keadaan baik dan selamat.
Selain, memakai jaket keselamatan setiap masa dan membawa peralatan komunikasi yang berfungsi serta menyemak ramalan cuaca sebelum keluar ke laut.