
LA GUAIRA, 26 Jun – Sekurang-kurangnya 190 terkorban manakala ratusan penduduk Venezuela dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan belum dapat dikesan susulan dua gempa bumi kuat yang melanda kawasan di sekitar ibu negara, Caracas.
- Gempa memusnahkan ratusan bangunan dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
- USGS melaporkan gegaran magnitud 7.2 dan 7.5, yang paling kuat di Venezuela sejak 1900.
- Rakaman udara World Central Kitchen memaparkan kemusnahan besar di kawasan terjejas.
- Krisis ekonomi lama menjejaskan ketahanan infrastruktur dan gegaran susulan menyukarkan operasi menyelamat.
Bencana itu memusnahkan ratusan bangunan serta menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Rakaman udara yang dikongsikan pertubuhan bantuan kemanusiaan World Central Kitchen memaparkan kemusnahan besar di kawasan terjejas selepas gempa bumi tersebut.
Menurut Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi bermagnitud 7.2 melanda kira-kira 160 kilometer di barat Caracas pada petang Rabu, diikuti kurang seminit kemudian dengan gegaran bermagnitud 7.5, yang merupakan gempa bumi paling kuat melanda negara itu sejak tahun 1900.
Bencana itu turut memburukkan lagi keadaan di Venezuela yang telah lama berdepan kemelut ekonomi, sekali gus menjejaskan ketahanan infrastruktur negara itu.
Kejadian itu turut menyukarkan operasi mencari serta menyelamat ketika gegaran susulan terus melanda Caracas dan kawasan pesisir pantai sekitarnya.- REUTERS