Kim Jong Un pantau ujian sistem roket baharu

Korea Utara melakukan beberapa ujian sistem persenjataan utama program peluru berpandu/ REUTERS

PYONGYANG, 26 Jun – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memantau beberapa ujian sistem persenjataan utama pada Khamis sebagai sebahagian daripada usaha negara itu memodenkan program peluru berpandu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ujian melibatkan versi dipertingkatkan pelancar roket berganda 240 mm 24 laras, peluru berpandu balistik taktikal dan meriam gerak sendiri 155 mm.
  • Pelancar yang dinaik taraf dilengkapi panduan ketepatan autonomi dengan jarak tembakan dipertingkat sehingga 90 kilometer.
  • Kim dilaporkan berpuas hati dan menegaskan pembangunan sistem automasi tinggi, jarak jauh dan ketepatan tinggi akan diteruskan untuk pertahanan sempadan.

Menurut media rasmi negara itu, KCNA, ujian berkenaan melibatkan versi yang telah dipertingkatkan menerusi sistem pelancar roket berganda 240 milimeter dengan 24 laras, peluru berpandu balistik taktikal serta meriam gerak sendiri 155 milimeter.

Sistem pelancar roket yang dinaik taraf itu dilengkapi sistem panduan ketepatan autonomi dengan jarak tembakan dipertingkat sehingga 90 kilometer.

Kim dilaporkan berpuas hati dengan keputusan ujian berkenaan dan menegaskan Pyongyang akan terus membangunkan sistem persenjataan lebih berteknologi automasi tinggi, berkeupayaan jarak jauh serta mempunyai ketepatan tinggi.

Usaha pemodenan itu bertujuan memperkukuh keupayaan pertahanan Korea Utara di kawasan sempadan, yang merujuk kepada Korea Selatan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.