Limp Bizkit pilih Malaysia lokasi tunggal konsert Asia 2026

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kumpulan rock antarabangsa, Limp Bizkit bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia satu-satunya lokasi persembahan Limp Bizkit di Asia bagi 2026.
  • Konsert dijadual pada 9 Disember 2026 di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.
  • Penganjur kata ini peluang eksklusif buat peminat Asia menyaksikan kumpulan legenda itu secara langsung.
  • Acara dijangka mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama acara hiburan berskala besar.

Sekali gus menjadikan negara ini sebagai satu-satunya lokasi persembahan mereka di Asia bagi tahun 2026.

Konsert yang dinanti-nantikan peminat muzik rock dan alternatif itu dijadual berlangsung pada 9 Disember 2026 di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.

Penganjur Hitman Solutions mengatakan penganjuran konsert kali ini bukan sahaja menandakan penampilan pertama Limp Bizkit di Malaysia.

“Malah menjadi peluang eksklusif kepada peminat dari seluruh Asia untuk menyaksikan persembahan kumpulan legenda itu secara langsung,” katanya.

Kumpulan yang popular dengan lagu-lagu hits seperti Rollin, My Way, Break Stuff dan Nookie itu dikenali dengan persembahan bertenaga serta pengaruh besar dalam genre nu-metal sejak era 1990-an.

Diterajui vokalis utama Fred Durst, Limp Bizkit telah mencipta fenomena global menerusi gabungan muzik rock, hip-hop dan alternatif yang unik, sekali gus menjadikan mereka antara kumpulan paling ikonik dalam industri muzik antarabangsa.

Konsert bertemakan “One-Stop Asia Show” itu dijangka menarik kehadiran peminat dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama acara hiburan berskala besar di rantau ini.

Selain memberi pengalaman muzik yang mengujakan, acara ini turut dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan industri hiburan tempatan serta meningkatkan lagi tarikan Malaysia sebagai hab konsert antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.