
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) tampil dengan inisiatif baharu dalam penganjuran hiburan.
- Z NatiOn 2026: Konsert bertema Gen Z di Idea Live Arena, Damansara pada 26 September 2026.
- Barisan artis popular termasuk Aisha Retno, Ismail Izzani, Iman Troye dan Zynakal menarik minat Gen Z.
- Tema "Empowerment" menekankan kebebasan ekspresi, keberanian dan solidariti generasi digital masa kini.
- Lebih 20 lagu dan pelbagai genre dijangka memberi pengalaman hiburan moden menggabungkan sukan, seni dan budaya.
Bakal memperkenalkan konsert berskala besar bertemakan generasi muda, Z NatiOn 2026: The Gen Z Concert, yang akan berlangsung pada 26 September 2026 di Idea Live Arena, Damansara.
Konsert yang dijangka menghimpunkan ribuan peminat itu menampilkan gabungan artis popular tanah air iaitu Aisha Retno, Ismail Izzani, Iman Troye dan Zynakal, sekali gus menyasarkan penonton daripada kelompok Gen Z dengan persembahan berkonsepkan muzik pelbagai genre serta pengalaman hiburan moden.
Menurut kenyataan KLFA, penganjuran konsert ini merupakan sebahagian usaha persatuan untuk mempelbagaikan aktiviti serta membuka platform baharu bagi menjana dana, selain tidak terhad kepada aktiviti bola sepak semata-mata.
Inisiatif tersebut turut pernah dilakukan sebelum ini menerusi penganjuran jualan amal bagi mengumpul dana persatuan.
KLFA menjelaskan, konsep “Z NatiOn” membawa gabungan tiga elemen iaitu “Z” (Generasi Z), “Nation” (negara) dan “On” (mula/pasti), yang melambangkan pembentukan jenama muzik baharu berteraskan tenaga dan identiti generasi muda.
Konsert ini turut membawa tema “Empowerment”, yang menekankan kebebasan ekspresi, keberanian dan solidariti generasi digital masa kini, selain bertujuan mengangkat bakat serta kreativiti anak muda dalam industri hiburan tempatan.
Penganjur turut menyasarkan konsert ini sebagai platform pertemuan pelbagai genre muzik dalam satu pentas.
Bakal menampilkan lebih 20 lagu, sekali gus memberikan pengalaman hiburan yang lebih dekat dengan peminat.
KLFA menegaskan, pemilihan barisan artis adalah berdasarkan populariti, pencapaian serta kesesuaian dengan cita rasa generasi muda.
Konsert ini dijangka menjadi antara acara hiburan utama tahun 2026 yang menggabungkan elemen sukan, seni dan budaya dalam satu pentas besar.