248 rumah rosak akibat ribut di Bercham

Keadaan beberapa rumah yang rosak akibat ribut

IPOH, 20 Jun– Sebanyak 248 rumah mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Bercham petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima 99 laporan berhubung kejadian.
  • Kawasan terjejas meliputi Bercham Idaman, Anjung Bercham Utara, Kampung Bercham, Taman Pusat Bercham dan Kampung Tersusun Tasek.
  • Kawasan yang terjejas dianggarkan melibatkan lebih 1.3 kilometer persegi; setakat ini tiada laporan kehilangan nyawa.
  • Pelbagai agensi termasuk JBPM, APM, TNB, MBI dan penghulu terlibat; usaha pembersihan dan pemulihan sedang giat dijalankan, pemilik diminta buat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, polis menerima 99 laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu.

Menurut beliau, kawasan terjejas meliputi Bercham Idaman, Anjung Bercham Utara, Kampung Bercham, Taman Pusat Bercham dan Kampung Tersusun Tasek.

“Kawasan yang terjejas dianggarkan melibatkan lebih 1.3 kilometer persegi.

Setakat ini, tiada laporan kehilangan nyawa diterima susulan kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tindakan segera telah diambil dengan melibatkan beberapa agensi.

Ia membabitkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Penghulu Kanan Mukim Tanjung Rambutan.

Usaha pembersihan dan pemulihan di kawasan terjejas sedang giat dijalankan.

Pemilik rumah yang terkesan dinasihatkan membuat laporan di Balai Polis Bercham atau mana-mana balai polis berhampiran bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.